Magic! Nak Mudah Urusan, Try Buat Ni...

by - November 09, 2019


Hai gaisss! Assalamualaikum...

Harini sistur nak berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang tak seberapa dengan korang semua. Again, diingatkan sekali lagi, saya bukan ustazah mahupun orang yang berjurusan agama ya... Ni cakap based on experience dan hasil pembacaan...

Bila urusan mudah, kau akan rasa kehidupan ni heaven giler... Duit sentiasa cukup walaupun tak banyak, tapi rasa cukup. urusan dipermudahkan, rezeki datang dari pelbagai cara (sihat, anak-anak cemerlang, dapat banyak ilmu berguna, dapat kawan yang baik-baik... tu semua rezeki weiihh...) Murah rezeki macam-macam kau dapat kalau kau jenis menghargai, kau akan sedar betapa banyaknya nikmat yang Allah hantar kat kau... Contohnya, ada kawan belanja makan... Ada kawan tolong kau mudahkan urusan kau tak kisah la bab kerja ke bab apa sekali pun... Ada orang tolong doakan kau... Jiran kau hantar makanan... Haha... Harta benda rosak tetiba okay dengan sendirinya... Haaa... Tu semua rezeki weihhh... Rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit je heh...

Nak mudah urusan, try buat ni... Masa tu kau akan rasa banyak miracle happens in your life. Magic! Hehe...  

1) Mudahkan urusan orang lain seikhlas hati... Tak kira bangsa, agama, pangkat dia apa, harta dia banyak mana, kau tolong je semampunya... InsyaAllah, selalunya orang yang mendapat pertolongan, akan ada yang mendoakan kita juga. 

2) Bangun malam, solat... Doa kita pada waktu semua orang sedang nyenyak tidur, insyaAllah jarang la yang mendukacitakan... Selalunya makbul je semua... Try la. Huhu... Kuncinya, haruslah konsisten. Bukan buat sehari je tau! Try buat hari-hari... Boleh baca post ni gak... TIPS MUDAH UNTUK BANGUN MALAM


3) Banyakkan memberi dari menerima. The more you give, the more you get back actually... Bukan memberi tu maksudnya kena bersedekah duit je... Banyak lagi benda lain yang kita boleh sedekahkan... Tenaga, masa, ilmu, doa dan banyak lagi... Kita je tak perasan. Allah mudahkan urusan kita macam-macam kalau kita banyak memberi... Kesihatan, anak-anak baik, berjaya, kewangan lancar... urusan mudah... dll

4) Banyakkan beristigfar... Umpama sekali istigfar, sekali terpadam dosa kita. Sehari kita buat berapa banyak dosa weii... Bayangkan! Maka perbanyakkanlah istigfar, insyaAllah semua rasa mudah. Ada je jalan yang memudahkan, insyaAllah...


5) Berserah kepada Allah 100%. Berserah tu bukan bermakna kau tak perlu usaha. Usaha lepas tu let it be... Yakin yang Allah akan bantu kau settle kan masalah kau. Apa cara sekalipun janji settle. Hehe. But honestly, part ni memang selalu saya gagal... Bukan sebab apa, sebab tak menyabar... Tu je. Hahahaa... Semua nak cepat, tu masalahnya. Nasib la ramai orang-orang yang penyabar selalu nasihatkan, ingatkan saya... Haahhaha... Thank you! Kalau berserah dari awal, memang takkan serabut tapi saya jenis suka serabutkan kepala dulu, nanti bila dah takleh blah, baru ler saya akan berserah... Tu masalahnya. Hahahahhaah... Tapi bila dah berserah tu, memang selalunya saya dah tak fikir lagi pasal sesuatu tu. Memang let go je. Tau-tau settle... Haa gituhhh! Alhamdulillah. Bila berserah, jarang mengecewakan! Saya masih train diri untuk berserah awal-awal kalau ada masalah pape... Tak payah sibuk nak pening kepala. Huhu. Kena stop jadi overthinker. 

6) Banyakkan berdoa... Semua mahluk takde daya upaya. Apa-apa pun kau kena back to God untuk mintak apa-apa kau nak. Even hati kita pun Allah yang pegang, so, faham-faham lah... Minta pada Dia, insyaAllah takkan kecewa. Kalau Dia tak beri apa kau nak, bermakna benda tu tak baik untuk kau. Dahhh. Titik! Doa benda lain pulak. Hahahaha...

7) Berbuat baik dengan kedua ibubapa, keluarga... InsyaAllah... Semua lancar... Mudah... Kalau ibubapa dah takde, selain doakan mereka selepas solat, try la sedekahkan bacaan Quran untuk mereka. Paling tidak pun, Fatihah dengan Surah Al-Ikhlas 3x setiap hari. 

8) Banyakkan berzikir. Baca ni pun okay... Hasbunallah, Huwanikmalwakil... tak pun zikir je doa nabi Yunus a.s... 


9) Benda paling basic, baca bismillah sebelum kau buat apa-apa. Haaa... Simple je kan tapi selalu lupa nak buat. Hahahahhaha...

10) Bersyukur. Jangan lupa bila dah dapat apa yang kau nak, bersyukurlah... Kalau tak dapat, doa lagi sampai dapat. Kalau still tak dapat jugak, redha lah... Mungkin benda tu tak baik untuk kau. Move on... Move on... Hahahaha... Tang move on tu memang perit sket la. Hadoii... Hahaha...

11) Jangan sengaja susahkan orang, jatuhkan orang, buat khianat kat orang lain... Dengan sengaja buat orang bersedih, dah kau kenapa?! Haihhh... Ketahuilah doa orang yang teraniaya tu takde hijab... Terus direct kepada Allah. Serius kau takkan tenang, takkan berjaya... Kalau berjaya pun, takkan lama... Senang cakap, kau takkan boleh pergi jauh. Trust me! Macam mana nak urusan kau mudah kalau kau sendiri susahkan orang lain? Gitu lah formulanya kan... Kita mudahkan orang, Allah permudahkan kita... Simple!

12) Akhir sekali, make sure korang istiqamah buat benda-benda ni semua. Bukan buat sekali je pastu kau punya harapan kemain menggunung tinggi... Doa dengan harapan tak seiiring... Ni masalahnya. Hahahhaha... Buat la banyak-banyak kali, kalau boleh jadikan amalan lagi la baik... Benda baik kan... Apa salahnya jadikan amalan harian. :)

Senang cerita, kalau boleh buat semua tu, kita dapat rasa kelainan dalam kehidupan kita. Kau akan rasa everything smooth je... Kau takkan stuck kat mana-mana. Lancar je insyaAllah... Kalau stuck pun, selalunya tak lama... kau boleh sabar dan kau akan diberi kekuatan untuk hadap segala masalah tu dengan baik sekali. Diberi kemudahan untuk atasi masalah. Ramai yang datang memberi bantuan tanpa disangka-sangka. Semua mudah... Berjaya... Lapang... Tenang... Semoga Allah izinkan! InsyaAllah... :)

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Nanti try hokayy! Babai gais. Love ya!~ 💗

Note To Self: “Barangsiapa yang memutuskan harapan orang yang mengharap kepadanya, maka Allah akan memutuskan harapan orang itu pada hari Kiamat dan dia sekali-sekali tidak akan masuk surga." 

You May Also Like

1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...