Apa Nak Buat Kalau Kereta Kena Langgar?

by - December 10, 2019


Halluuu peeps!

Assalamualaikum... 

You know what, My Car Got Hit On My Bday! Kereta saya dilanggar dari belakang dan paling best, it happened on my birthday! Alhamdulillah, saya bersyukur pada hari kejadiaan, saya tenang-tenang saja. First time accident teruk macam ni. Tak pernah ada pengalaman... Huhu. Sebelum ni orang langgar pun sikit je, takde la sampai nak claim dengan insurans bagai... Huhu... Dah la esoknya saya memang ada event nak attend di Kedah, maka gigihkan juga laa bawa kereta yang dah bocor dan pecah bumper tu... Huhu...

Terima kasih kepada yang sudi memberi moral support kepada saya, giler weihh... down la jugak tengok kereta macam tu haa... Huhu... Tenang memang tenang, sebab macam tak terkata apa... Terkedu weihh... Hahaha... Apa pun... Alhamdulillah, sangat bersyukur bila ada yang sangat-sangat membantu, yang call saya, guide saya apa nak buat dari A-Z walaupun jauh beribu batu... Saya hargai! Terima kasih banyak-banyak... Adik ipar yang tolong temankan buat report apa semua, alhamdulillah... Semuanya dipermudahkan...

Bocor weihhh... bocorrr... Hukksss...

Bila kereta kena langgar, apa nak buat?

1. Tak payah nak marah-marah, mengamuk ke bergaduh bertumbuk apa semua. No... No... No... Kereta kau dah kena langgar, that's it! Kau bising mengamuk macam mana sekali pun, benda tu tak akan menyelesaikan masalah. Chill je... Tenang... Bincang baik-baik... 

2. Buat report. Kebetulan kami dua-dua report di balai yang sama. So, mudahlah... Dapat IO yang sama.

3. Sediakan dokumen - salinan insurans, salinan geran, salinan report, dokumen dari pihak polis (gambarajah, laporan dll)

4. Dokumen dari pihak polis ni kena tunggu seminggu (waktu bekerja) jugak la untuk siap... Huhu... Yang ni memang penting untuk buat claim, kalau takde, memang tak boleh ye... So, make sure, benda ni korang kena settle kan cepat. Ada bayaran dikenakan untuk dapatkan laporan ni, tak ingat plak berapa ringgit. Tak mahal pun... Saya cadangkan bila dokumen ni dah siap, baru le korang hantar kereta masuk bengkel... Ni kalau kereta korang masih boleh digunakan laa... Kalau memang dah tak boleh jalan, tak boleh nak buat apa la... Bukan apa, claim hanya boleh dibuat setelah dokumen ni semua lengkap. Selagi takde, kereta korang hanya akan tersadai je dalam bengkel tu... So, better pakai je sekejap kereta tu kan, sementara tunggu dokumen siap, then, baru hantar masuk bengkel...


5. Bersedia mental dan fizikal untuk menggunakan kenderaan awam. Pandai-pandai la sewa kereta ke, naik Grab ke, LRT ke... Huhu... Sangat bersyukur Allah permudahkan urusan saya bilamana adik saya sudi meminjamkan kereta beliau selama hampir 3 minggu lamanya. Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan urusan beliau sebagaimana beliau mempermudahkan urusan saya tempoh hari. Aamiin... Walaupun ada sedikit drama berlaku... Hahahhaha... Syukur... Adik saya berlembut hati dengan kakak dia yang hati tisu ni. Memang nangis weiii... Saya naik Grab pun baru sekali dua je seumur hidup. Memang stress gak la nak memikir pasal kenderaan. Hukhukkk... Nasib baik dia bagi pinjam kereta. Fuhhh! Legaaa...

6. Bersedia untuk membayar sedikit perbezaan, sekiranya kereta dah melebihi tempoh 5 tahun. Hukksss... Ni kalau kes guna alat ganti original, insurans tak cover penuh untuk kereta lebih 5 tahun. So, kena la topup sikit. Kalau tak nak topop, kena deal dengan bengkel, guna barang tak ori ler... hmm...

7. Korang jangan lupa, kereta yang dilanggar boleh claim duit pengangkutan harian (Compensation). Duit ni dibayar mengikut c.c kenderaan korang. So, macam kes saya, c.c kereta saya 1.6, sehari saya layak claim RM40. Ni kononnya untuk duit kita ambik transport lain la senpanjang kereta dalam bengkel.. Kalau ada guna Grab ke teksi ke apa ke... Boleh la cover sket dengan duit ni... Tapi setakat ni saya belum dapat lagi duitnya... Lama wei nak tunggu... Padahal berapa sangat nak dapatnya pun.... Standard la claim insurans kannn! Choiii... Dan satu lagi, claim ni bukan ikut lama mana kereta korang masuk bengkel ye, bayaran diberikan mengikut adjuster. Kalau adjuster kata layak claim untuk seminggu, maka dapat untuk seminggu je lah... RM40x7=RM280 haaa gituhhh... Dengar kata boleh merayu untuk dapatkan lebih. Saya tak try plak. Malas nak urus... Huhu...

8. Pilih bengkel yang ada khidmat untuk guna claim insurans. Saya tak hantar ke Proton sebab tempoh masa untuk kereta duduk dalam bengkel terlalu lama, jadi, saya hantar kat bengkel biasa je... Yang ada servis untuk kita claim bayaran menggunakan insurans. Tak mampu nak bersabar tunggu lama-lama... Huhuhuhuuu...

9. Sentiasa update dengan bengkel tentang status kereta. Kalau diam, memang lama lagi la jawabnya... Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya. Kebetulan ada sepupu pulak kerja dalam tu... Dan insurans saya pun bekerjsama dengan baik sekali. So, cepat je la settle. Ohh ya, memula claim atas insurans sendiri tau, pastu nanti insurans kita akan deal dengan insurans orang yang melanggar... Jangan risau, tak kan ganggu NCB kita. Pandai la dorang nanti... Haha...


10. Berdoa berdoa dan berdoa supaya benda cepat settle.

Hikmah kereta kena langgar...

1) Dapat bonet belakang, bumper & reverse sensor baru. Hahahaha...

2) Dapat ilmu claim insurans. Saya first time accident, memang saya dapat ilmu banyak laa... knowledge!

3) Berlatih bersabar & redha dengan ketentuanNya.

4) Belajar bersyukur sebab accident setakat kenderaan je rosak, diri sendiri masih takde apa-apa, alhamdulillah... Allah sebaik-baik pelindung...

Sebelum saya stop menulis, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang saya menguruskan kereta yang kemalangan ni... Kepada yang mendoakan saya, alhamdulillah... Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat kalian semua. InsyaAllah...

Nota kaki : Manusia merancang dengan cita-citanya, Allah mengatur dengan cintaNya... 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...