Aktiviti Semasa Cuti Perintah Kawalan Pergerakan

by - March 19, 2020


Seluruh negara pastinya sangat terkesan dengan wabak Corona Virus yang melanda. Sehinggakan kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam sehingga 31 Mac 2020. Banyak premis yang terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan virus tersebut. Dalam keadaan ini, seharusnya kita semua peka dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku. 

Please stay at home, gais! Jaga diri, keluarga dan masyarakat. Yang paling penting, berusahalah untuk tidak menjadi PUNCA masalah kepada orang lain. Kalau dah rasa tak sihat, kuarantinlah diri sendiri. Social distance memang ada manfaatnya dalam keadaan sekarang ni. 

Tak perlu kita menuding jari menyalahkan sesiapa. Kita jaga je diri kita... Ikut arahan. InsyaAllah... 
Mungkin ini adalah salah satu teguran Allah atas kekurangan kita sebagai mahluk. Namun, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua petugas hospital, Perdana Menteri kita sendiri sampai merayu-rayu, minta supaya kita duduk di rumah. Please gais, ikutlah arahan. Tak lama pun, 2 minggu jer... Keluar untuk urusan penting je. Tak penting, duduk je di rumah... 

Ni first time saya merasa keadaan macam ni. Dulu dengar cerita orang-orang tua je. Moyang saya selalu la bercerita... Teringat kisah zaman Jepun, kisah darurat... Allahuakbar... Skang ni dah merasa sendiri. Cuma mungkin tak seteruk orang zaman dulu. At least kita masih lagi boleh keluar beli barang... Masih ada rezeki nak membeli, itu yang penting. Sedih bila melihat orang-orang yang terpaksa menjadi penonton dikala semua orang dok memborong barang-barang keperluan. Yelah... Rezeki semua orang tak sama. Dia ada rezeki lebih, boleh la membeli... Yang takde, insyaAllah, saya doakan kalian diberikan kecukupan. Jangan risau, Allah dah janjikan rezeki untuk kita semua. Tenang... Banyakkan berdoa!

Manfaatkan waktu cuti ni sebaiknya... Sebenarnya ada banyak benda yang boleh kita buat. Antaranya:-

1. Muhasabah diri, mendekatkan diri dengan Allah... Banyakkan berdoa, berzikir, solat. Mohonlah pada Allah agar kita semua dijauhkan dari Virus ini... Jangan lupa doakan saya juga ya... 

2. Sekarang ni kita ada banyak masa untuk melakukan solat sunat. Kalau sebelum ni kita sibuk bekerja, sekarang kita diberi cuti... Ni la masanya nak buat Dhuha ke, Tahajud ke, Taubat ke banyak-banyak... Ni masanya... Jangan kita lepaskan peluang ni. Bukan senang nak beribadah dalam keadaan selesa di rumah, cuti pulak... Tak fikir tentang kerja, hal dunia... Kalau biasa sehari 1-2 kali kita solat sunat, ni cuti, kita boleh gandakan lagi... Allah bagi kita masa lapang, syukurilah...

3. Mengganti puasa. Ni pun satu lagi cara nak berjimat. Walaupun ada stok makanan di rumah, tak salah kita nak berjimat dalam keadaan sekarang ni... Memang ada duit nak beli, tapi nak kurangkan keluar dari rumah. Itu je... 

4. Bonding dengan keluarga. Tengok TV sama-sama, solat sama-sama... masak sama-sama, makan sama-sama... Best kan! Selalu dalam sehari dapat makan bersama sekali dua je.. Ni berkali-kali... Makan berjemaah! Macam-macam menu... Heheheee... 

Bila banyak masa... macam ni la... Siap mengada lapik pinggan dengan daun pisang bagai... Hahaah... 

5. Yang sukakan outdoor, mungkin ni masanya korang boleh start dengan hobi baru yang bermanfaat misalnya memasak, baking, menjahit, membaca, blogging etc.

6. Membersihkan rumah. Yes, puasa, raya dah dekat... So, cuti ni dah boleh dah nak kemas-kemas, buang mana yang tak perlu... Bukan sebab raya je... Bersihkan jer...

7. Membersihkan laptop. Yes! Ni la masanya nak kemas laptop. Cuti lama kann... Buang yang mana tak perlu. Check kat ruangan Download, mesti banyak giler kat situ dengan macam-macam file... Pilih dan buang mana tak nak... 'Ringan' sket laptop tu... Hehe... Organize semula mana yang boleh dimasuk dalam folder etc...

8. Ambil peluang ni untuk latih diri, latih anak-anak untuk mensyukuri nikmat Allah dan mengagungkan kebesaranNya. Nampak tak kalau Allah nak tarik sesuatu, sekejap jer... Kalau Dia nak bagi sesuatu pun sekejap sangat! Allahuakbar... Take this as a lesson. Ambil pelajaran atas apa yang berlaku...

9. Masa macam ni kita boleh cuba latih diri untuk hidup dalam keadaan yang minimum. Besederhana & tidak berlebih-lebih. Walaupun kita ada duit nak beli barang, tapi better pakai apa yang ada dulu. Bukan apa, risau nak keluar... Risau nak belek barang... Nak beli online pun takut-takut dapat pakej virus sekali... Nauzubillahiminzalik Jadi, kita gunakanlah apa yang ada dalam rumah dulu. Kalau dah betul-betul habis dan perlu untuk dibeli, barulah keluar beli... 

10. Memperbanyakkan membuat aktiviti bermanfaat walaupun setakat dari dalam rumah je... Contohnya, menonton ceramah agama di Youtube/FB, membaca Al-Quran, berkongsi ilmu secara atas talian, menonton perkongsian ilmu... 

Boleh lawati blog saya, insyaAllah ada banyak ilmu saya share kat situ... Jom... Jom... www.raihanjalaludin.com

11. Sertai bengkel-bengkel online. Ramai cikgu-cikgu yang sedang giat membuat perkongsian ilmu tentang e-learning... Join je mana-mana webminar yang korang suka... Ada banyak... Tambah ilmu. Biar ilmu penuh di dada, senang nak gunakan nanti. Bukan semestinya nak tonton webminar tentang ICT / pendidikan je, untuk agama pun ada banyak jer... Islamic Online University selalu jer buat webminar. Macam-macam tajuk dibincangkan... Join je... 

12. Menyiapkan tugas-tugas yang mungkin kita terlepas pandang, yang tak sempat nak siapkan sebelum ni... Siapkan... Update file ke misalnya...

Dalam keadaan begini, jadilah orang-orang yang beruntung... Yes, memang kita sedang diuji dengan Covid19 tapi, kita jangan lupa, pandang dalam sudut positif, time ni Allah nak bagi kita jackpot untuk kumpul pahala sebanyaknya sebenarnya... Dah tak kerja, nak keluar rumah pun tak boleh... So, ni la kesempatan kita nak beribadah ikut time kita... Ada banyak masa, boleh buat bila-bila kita suka... Jangan sia-siakan masa yang Allah beri ni. Masa yang berlalu tak akan boleh diganti. Maka, manfaatkanlah sebaiknya... Ni nak mengingatkan diri sendiri jugak ni... Raihan ni selalu jer lupa... Haihhh... Saling ingat mengingatkan ye, supaya sama-sama ke Jannah... InsyaAllah... 

Doakan saya gais. Semoga kita semua dijauhkan dari bahaya Covid19 & sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Take care! Assalamualaikum... 💖

Note to self : Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar - Ra'd : 11)

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...