Resepi Kek Marble Gebu & Lembut Sukatan Cawan

by - March 25, 2020


Assalamualaikum semua...

Beku lagi dalam rumah! Alhamdulillah, Allah bagi kita masa di rumah, kita manfaatkanlah sebaiknya... Dah beberapa hari kat Facebook asyik lalu lalang posting makanan dari kawan-kawan... Teringin nak makan kek. So, apa lagi, saya pun Google lah mencari-cari resepi yang sesuai dengan barang yang ada di rumah. Maklum la, nak keluar, macam tak sesuai pulak kan... Setakat nak cari bahan kek... Takyah la... Duduk je rumah. 

Alhamdulillah, cari punya cari, terjumpa satu... Kek Marble! Yay... Rezeki, bahan semua ada kat rumah, dapatlah nak buat sebiji... Jadilah melepaskan 'tekak'. Hahhaha... Duduk kat rumah ni asyik nak makan je la pun... Hadoiii.. Hehe..


Since resepi ni bagus dan menjadi, walaupun saya sering kali gagal bab baking, so, saya anggap resepi ni memang awesome la. Mudah dan senang jadi. Orang tak pro macam saya pun boleh berjaya buat kek ni, apatah lagi korang yang memang hebabt mem baking kann! Hehe... Rasa memang superb! Sedap sangat... Gebu, lembut... Habis licin semuanya.. 

Okay... Ni resepinya... Salin jangan tak salin...

Bahan-bahan

1 cawan mentega / margerin (Saya guna Planta)

3/4 cawan gula
3 biji telur saiz sederhana

1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)

1 sudu besar baking powder (diayak)

1 sudu kecil esen vanilla

3 sudu besar susu pekat manis

2 sudu besar serbuk koko


Cara Penyediaan

1. Satukan mentega dengan gula dalam satu bekas. Whisk hingga kembang.

2. Masukkan telur satu per satu.

3. Masukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder, susu manis. Gaul guna kaedah kaup balik jer...

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian plain, satu lagi campurkan dua sudu serbuk koko dan ratakan.

5. Griskan loyang dengan sedikit marjerin. Layerkan adunan dalam loyang, pastu ambil lidi, buat corak.

6. Bakar dengan suhu 170 darjah selama 45minit -1jam mengikut jenis oven masing-masing.

Okay, yang dah tak tau nak buat apa kat rumah tu boleh la buat kek ni untuk family korang buat makan petang ke apa ke heh... Senang je. InsyaAllah... Stay at home ya! 💗

Note to self : Be yourself because an original is worth more than a copy. 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...