Resepi Corndog Mudah

by - February 02, 2020


Hi gais! Assalamualaikum...

Corndog ni famous betul sekarang kan... Hmm... Nak beli, harga boleh tahan, yang jual kat tepi jalan pun 5-6 ringgit sebatang... Ada plak yang ambil kesempatan, letak cheese ciput je kat dalam... Yang banyak cuma tepung... Buat duit betul... Haihhh... Nak makan yang padu, beberapa kali try makan MOZA CRUNCH (Aeon Taiping) tapi harga pun padu ler... Hehe... Belas ringgit sebatang, nak nak kalau request nak cheese sahaja... Memang berganda mahalnya.



So, macam biasa, nak kena dengan tekak sendiri, kena la buat sendiri... Huhu... Yang penting bahan utama kena ada, mozarella cheese dalam bentuk block... Oh ya, saya buat ni dalam versi yang tak guna lidi ye... Koser la haihh nak berlidi bagai... Biashe-biashe sudahhh... Haha... Jom la kita buat sendiri...


Bahan-bahannya

> Roti
> Mozarella Cheese (Block) (Boleh beli kat pasaraya besar... Saya beli kat AEON... Satu block RM25)
> Sosej 
> Breadcrumb
> Tepung gandum (Nak pakai tepung Bestari pun boleh... Dah try, sedap jugak!)
> Perasa (Secukup rasa ke kiub ayam ke... ikut korang la...)
> Garam


Cara Membuatnya

1. Gelek roti sehingga agak leper. Boleh gelek dengan penggelek doh atau pun guna mug pun boleh... Pandai-pandailah... Haha... DIY katanya!

2. Bancuh sedikit tepung gandum dengan air dan garam. Jangan cair sangat dan jangan terlalu pekat... Yang ni nak guna untuk lekatkan gulungan roti.

3. Potong Cheese / sosej dan letak di tengah roti. Saya suka cheese dengan sosej bersatu... so, letak sama saiz lebih kurang... Saya tak susun macam kedai jual, cheese diatas, sosej dibawah... saya letak sebelah-sebelah supaya bila gigit, dapat dua-dua skali... Cheese & sosej! Yummehhhh!~ 😋

4. Gulung roti dan letakkan sedikit bancuhan tepung gandum untuk melekatkannya. (Rujuk nombor 2)

5. Bancuh tepung gandum & perasa dengan air. Yang ni boleh buat cair sikit... Kalau pekat, roti tu akan jadi banyak tepung... Heee tak suka! Saya memang bancur tepung tu cair, sekadar nak melekatkan breadcrumb je... 

6. Celup roti yang dah siap tadi dalam bancuhan tepung gandum yang cair tu, kemudian golekkan dalam breadcrumb.

7. Panaskan minyak, goreng corndog tersebut sehingga kuning keemasan. Gituhhh! 

8. Boleh dihidangkan bersama cili sos, mayonis dan cheese. OMG! This is so so so sedappp! Haha... 😋

P/S : Buat sebuku roti, lebih simpan dalam fridge. Nak makan, baru goreng sikit-sikit... Nyaman! Haha... 

Selamat mencuba! Babai gais! 

Note to Self : Jika seseorang memberikanmu perhatian, jangan pernah mengabaikannya kerna suatu saat perhatian kecil itu akan kamu rindukan saat kamu kesepian. 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...