Review Movie : Dolittle

by - January 27, 2020


Hai semua! Apa khabar? 

Korang dah tonton movie ni? Memula saya berat hati juga nak pegi menonton, takde mood... tapi oleh kerana terasa letih berjalan kat Zoo, saya ambil kesempatan tengahari tu untuk masuk panggung melepaskan lelah barang sejam dua... Browse apps TGV, macam takde apa movie yang menarik... Saya just pick cerita ni since budak-budak ni memang suka sangat haiwan... 

Macam biasa bila masuk panggung, perkara pertama adalah dengan memilih seat paling selesa. Hahaha... Sebab memang plan nak tido. Alhamdulillah, panggung tak la penuh sangat, dan kebetulan saya dapat seat berempat je kat belah tepi... Cun sangat! Haha... Tapi, tulah, sebab cerita ni boleh dikatakan kena dengan jiwa saya, saya tak dapat nak tido... Best pulak laa haihhhh! Akhirnya, dalam tak nak tengok asalnya, saya layan jugak movie ni sampai habis... Haha...

Mengisahkan Dr. Dolittle yang mampu memahami bahasa haiwan, boleh berkomunikasi dengan haiwan, dan merupakan doktor yang hebat satu ketika dahulu... Sampailah, bila wife dia meninggal, dia jadi down dan tak terurus. Dia menyembunyikan diri dari masyarakat... Yang ni memang saya rasa sedih gak laa... Memang ada jenis manusia yang macam ni. Bila down, dia akan jauhkan diri dari public... 

Sehinggalah satu hari tu, dua orang budak perempuan dan lelaki datang ke tempat tinggal dia... Budak perempuan tu cari dia sebab dia membawa utusan Permaisuri yang memanggil Doktor tu ke istana untuk mengubatinya yang sedang gering... Budak lelaki tu pulak datang dengan niat nak minta tolong Doktor tu selamatkan seekor tupai yang hampir mati terkena tembakan... 

Bermula dari situlah, Doktor ni seolah-olah terpaksa melayan kehendak kedua-dua manusia ni... Selama ni dia hidup dengan haiwan je... Hehe... Jalan cerita memang awesome! Serius tak rugi tonton... Ada banyak unsur lawak jugak... Ada unsur kasih sayang, kepercayaan bila Doktor tu cuba selamatkan seekor naga yang bengis gilerr... Naga tu jadi garang giler sebab dah hilang kepercayaan dan kehilangan yang tersayang... See, mahluk boleh berubah bila jiwa tertekan kan... Bukan manusia je, haiwan pun... 

Pengkhianatan oleh orang istana terhadap permaisuri dapat dibongkarkan atas bantuan haiwan-haiwan doktor tu. Serius wei, korang kena tengok cerita ni. Memang berbaloi... Nilai kasih sayang pun banyak diterapkan dalam movie ni... Antaranya bila beruang kutub cuba selamatkan kawannya, seekor burung ostrich yang hampir tenggelam masa bot mereka karam... Padahal sebelum tu dua ekor ni asyik bergaduh je... Hahhaha... Comel giler... Tapi bila berlaku sesuatu yang buruk, mereka tak sampai hati dan saling menyelamatkan antara satu dengan yang lain... Syahdu sungguh!

Saya rasa macam binatang lagi banyak pegang watak penting daripada manusia dalam cerita ni... Hahahahha... Cuba tengok trailer cerita ni...


Okay la, kang cerita bebanyak, korang tak pegi tengok movie ni plak... Haha... Korang nak tau, pegi tengok tau. Serius, memang best! Walaupun panggung tak berapa penuh, tapi cerita ni memang layak diberikan 9/10 bintang! Hakak sukaaa! 

Babai gais. Selamat menonton! Assalamualaikum....

Note to Self : Kalau jadi batu, pilihlah batu bata yang mampu melindungi... Bukan jadi batu api yang memerangi. 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...