Resepi Kerabu Limau Bali

by - January 18, 2020



Hai gais! Assalamualaikum... 

Semalam saya singgah beli barang kat pasaraya, ternampak limau bali yang dah dikopek kulit... So, apa lagi, terus sambar sepeket. Memang suka juga buah ni cuma kali ni rezeki dapat buah yang agak masam, kelat... Isk isk... Memang tak lalu nak makan macam tu je, masam! So, apa lagi, daripada membazir, saya ubah jadikan kerabu... Hehe... Haritu pernah sekali ternampak orang share kat FB nampak macam sedap... Dah buat, memang sedappp! Makan dengan nasi panas-panas... Fuhhh! Awesome!

Kebetulan semua bahan-bahan ada dalam peti ais, so memang cantik sangatlah nak buat kerabu... Nyum nyummm...

Bahan-bahannya

2-3 ulas limau bali 
Bawang besar
Daun ketumbar
sebatang serai
Cili padi 
Segenggam ikan bilis
Sebiji tomato
Sekuntum bunga kantan saiz kecil
Gula
Garam



Cara-caranya

1. Bersihkan ikan bilis dan goreng. Toskan minyak...
2. Hiris bawang besar, cili padi, daun ketumbar, serai, tomato & bunga kantan. 
3. Leraikan limau bali.
4. Satukan kesemua bahan. 
5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Gaul rata. Siap!~

**Memandangkan limau bali kali ni agak masam, jadi saya tak tambah perahan limau. Kalau limau korang manis, elok tambahkan sedikit perahan limau/lemon... 

Okay gais. Jangan lupa cuba! Serius, memang sedap dan boleh jadi pembuka selera... Masam, masin, manis, kelat, semua ada... 😋

Note to self : Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka)

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...