Resepi Bergedil Tauhu

by - January 17, 2020



Assalamualaikum...

Malam tadi tetiba tekak craving nak makan bergedil tauhu. Saya memang yang boleh dikatakan cepat juga kalau bab di dapur ni. Terus capai bahan-bahan... Dalam tempoh sejam, semua siap... Alhamdulillah! Haha... Kemain laju kannn...

Saya suka guna tauhu sebab hasilnya lebih kemas dan saya pun memang goreng guna airfryer je... Tak pakai minyak. Memang elok sangat kejadiannya... Kalau bergedil biasa, nak kena celup telur la apa la, pastu time goreng kadang-kadang boleh pecah-pecah la kann... Hehe...

Bahan-bahannya

4 biji kentang (saiz besar)
daging (agak-agak nak banyak mana... Saya suka letak banyak, baru la sedap! Haha)
5 ulas bawang putih (boleh tambah kalau suka rasa garlic)
Daun ketumbar / daun sup (Saya prefer daun ketumbar)
Lada putih
Sedikit perasa
Garam
Sepeket tauhu goreng

**Kalau takde daging boleh ganti dengan isi ayam...

Sebelah kiri tu gambar bergedil yang dah siap digoreng menggunakan airfryer... Hehe... 

Cara-caranya

1. Rebus kentang sehingga lembut
2. Sambil tunggu kentang, potong tauhu (tengok gambar)
3. Potong daging kecik-kecik... Tapi kalau nak cepat, memang takde ler kecik sangat... Asal boleh je.. Hahahaha...
4. Bawang putih & daun ketumbar tu saya guna chopper je untuk hancurkan... Nampak tak cara orang pemalas buat keja! Hahahha...
5. Buang kulit kentang, lenyek sampai hancur. Kemudian, masukkan bawang putih, daun ketumbar yang dah hancur dan daging kat kentang tu...
6. Masukkan serbuk perasa, lada putih dan garam secukupnya.
7. Gaul rata.
8. Sumbat bancuhan bergedil kat dalam tauhu padat-padat.
9. Goreng menggunakan airfryer. Kalau takde airfryer, korang goreng je la macam biasa... Pakai minyak.
10. Siap untuk dihidangkan! Yummmssss....

Jangan risau kalau tauhu tak cukup, baki bergedil tu korang bulat-bulatkan, celup dalam telur dan goreng macam bergedil biasa. Pun bolehhhh! Haha...

Selamat mencuba! Bye, gais! Assalamualaikum... 😊

Note to self : Disebalik ISTIQAMAH ada perjuangan yang kuat, pengorbanan yang banyak dan doa yang tidak pernah berhenti...

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...