Yummy Fruit Cocktail

by - May 18, 2019


Hari tu saya bagi talk dan mereka hadiahkan sebakul buah-buahan kepada saya. Alhamdulillah! Kebetulan, kawan sebelah meja saya kat sekolah, cikgu Ahmad Azlin beri 4 biji buah mangga yang besar, manis yakmat... Sedapnya! Mangga tu katanya dari pokok kat rumah mak mertua dia... Memang elok sungguh buahnya. Semoga murah rezeki dia sedekahkan buah-buah tu kat kami di sekolah... Aamiin... Oleh kerana ada pelbagai buah-buahan dan banyak kuantitinya, saya cuba usahakan buat fruit cocktail. Caranya sangat mudah, modal pun kecil sebab buahnya saya dah dapat free... Hahhaha...

Nata de coco, mangga, epal, lai

Dapatlah buat 2 kali fruit cocktail ni setakat ni... Buat pencuci mulut puasa-puasa ni kan... Hehehe... Macam mana nak buat? Okay, boleh tengok kat bawah ni ye...

Caranya

1. Potong buah-buahan (kiub)
Saya campurkan macam-macam buah... buah naga, epal, mangga, oren, lai, segala buah yang ada... Hahahha... Potong kecil-kecil...

2. Masukkan dalam bekas. Campurkan nata de coco. Ikut suka nak letak banyak mana.

3. Bancuhkan 1/2 tin susu pekat manis dengan air. Tuang dalam buah-buahan. Kalau nak lebih lemak, tambahkan susu cair. Saya tak suka terlalu lemak sangat, so, memang tak letak susu cair langsung... 

4. Masukkan dalam freezer selama sejam... Pastu boleh laa dihidangkan... 
Saya masukkan dalam freezer sebab nak cepat sejuk dan tak nak letak ice kat dalam tu... Nanti cair, tak sedap... Hahhaha...

Oren, buah naga, mangga, nata de coco

Okay, sapa nak try buat, silakan... Memang sedap! I loikkee.. Hehe... 😋

Note to self : Before anything else, find yourself, be yourself and love yourself!

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...