Telur Bersarang Mudah

by - May 15, 2021



Hi gais! Assalamualaikum...


Lama sungguh tak bersiaran di blog ini... Selamat Hari Raya, mohon maaf atas segala kekhilafan saya... Semalam, saya cuba buat laksa telur bersarang. Saja buat untuk makan-makan di hari raya... Gituhh... Disamping nak menyantuni jiran tetangga... Raya drive thru je... Hantar makanan, kemudian, balik... Begitulah, raya dalam suasana PKP... Alhamdulillah... #kitajagakita


Okay harini saya nak kongsikan cara nak buat telur bersarang dengan sangat mudah... Saya dah try beberapa cara sebelum ni, yang kacau laju-laju dalam minyak panas la apa la, semua tak menjadi... Tapi yang kali ni, alhamdulillah... Menjadi! Cantik kejadiaannya... Halus sarangnya... Seriuslah... Macam tak sangka. Memang halus macam kat kedai...


Bahan-bahan Telur Bersarang


1) Telur (terpulang nak berapa banyak)


2) Air paip secukupnya


Yang ni first attempt saya guna kaedah ni. Memang menjadi telur bersarang. Mudah jer... 


Cara-Cara Membuat Telur Bersarang


1) Ambil beberapa biji telur, pecahkan dalam bekas dan pukul dengan garfu macam nak buat telur dadar tu...


2) Masukkan sedikit air paip... Yang ni saya agak-agak je... Untuk sebiji telur saiz A, boleh letak air paip lebih kurang dua ke tiga sudu besar... Gitu... Nak cairkan sikit tekstur telur tu je sebenarnya...


Air ni penting untuk menghaluskan tekstur sarang tu... Kalau tak letak air, sarang jadi tebal sebab telur tu pekat... Jadi tak rangup sebab tebal... Satu lagi, susah sikit nak tuang kat penapis sebab telur tu pekat sangat... So, cairkan sikit dengan air supaya mudah nak keluar melalui lubang penapis tu...


3) Panaskan minyak agak banyak... Macam nak goreng keropok... Api sederhana kuat.




4) Bila minyak dah panas, ambil sesenduk telur, tuang dalam minyak panas tu menggunakan penapis santan... Sambil tuang, sambil goyang-goyang sikit penapis santan tu... 


5) Minyak akan berbuih-buih banyak... Biarkan je...



6) Bila buih dah kurang, boleh balik-balikkan telur tu... Angkat bila dah cantik kecoklatan...


Masa mengangkat tu, letak tisu banyak sikit ye sebab telur ni banyak minyak... Satu lagi, masa mengangkat telur tu akan nampak macam lembik... Takpe, biarkan je... Bila dah sejuk, dia akan jadi garing dan rangup...


Sedap wehhh... seriuslah... Kalau kat Ipoh, memang popular laksa telur bersarang ni... Ohh ye, selain blogging, saya memang suka memasak... Cuma kebanyakkan masakkan saya, saya masak by heart je, takde sukat-sukat... agak-agak sendiri... Hehe... Nanti cuba tau... Kuah laksa korang pandai buat sendiri kot kan... Kalau tak tau, boleh Google... Kalau tak, boleh tengok resepi saya sini... https://www.raihanjalaludin.com/2018/07/resepi-laksa-asam-noxxa.html


Laksa telur bersarang...


Selamat mencuba! 


Note to self : The scars you can't see are the hardest to heal...

You May Also Like

1 comments

  1. Some or all of 카지노사이트 those prices could be offset by CSWF revenues and tribal payments to the state that don't go into the CSWF. To maintain your cash and private information protected whereas playing online, do your analysis. You can belief the sites on our record of the best casino sites for players in the UK end result of|as a outcome of} we’ve already done the analysis for you. If you contemplate an internet UK casino not included on our record, a fast web search can tell you a large number} about its popularity for security. The steps to claiming your reward will rely upon the positioning, however many sites automatically provide bonus spins and funds when a brand new} player registers.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...