Resepi Pelbagai Sambal

by - August 15, 2020

 

Hi gais! Assalamualaikum...

Dah lama betul tak menulis di sini... Takde mood nak share resepi... Hahaha... Tapi ramai plak yang bertanya resepi sambal... Okaylah... Saya share ye... Tengoklah yang mana berkenan, buatlah... Sebenarnya saya akan buat sambal ni kosong je pada hujung minggu dan simpan dalam freezer sebekas-sebekas. Jadi, bila nak memasak pagi-pagi sebelum ke sekolah, saya hanya panaskan dan masukkan isi (daging, ayam, udang, sotong, ikan, telur etc). Resepi saya memang simple jer, ikut apa yang arwah mama ajarkan... Yang nak cuba, silakan...

1. Resepi sambal cili kering / cili boh 1 (Sesuai untuk telur rebus/goreng, udang & sotong)


Bahan-bahan

Sotong / Udang

Bawang putih

Bawang besar

Cili boh (saya guna cili kering yang di blend)

Tomato sos 

Gula putih / gula kabung

Garam

Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya

Tumbuk bawang putih & bawang besar 

Tumis bawang putih, bawang besar, cili boh sehingga pecah minyak (garing)

Masukkan tomato sos, gula & garam secukupnya

Masukkan sotong atau udang 

**Sotong & udang akan keluarkan air yang banyak, jadi pastikan tos terlebih dahulu selepas membersihkannya... 

Lepas masuk sotong / udang, pastikan api dibesarkan untuk memastikan air yang turun dari sotong/udang dapat dikeringkan cepat. 

Nasi lemak sambal udang dengan ayam pandan... 😋


2. Resepi Sambal Cili kering / Cili boh 2 (Sesuai untuk ikan, sotong, udang, ikan bilis)


Bahan-bahan

Sotong / Udang / ikan goreng

Bawang putih

Bawang besar

Cili boh (saya guna cili kering yang di blend)

Air asam jawa pekat 

Gula putih / gula kabung

Garam

Sedikit minyak untuk menumis


Cara-caranya

Tumbuk bawang putih & bawang besar 

Tumis bawang putih, bawang besar, cili boh sehingga pecah minyak (garing)

Masukkan air asam jawa pekat, gula & garam secukupnya

Masukkan sotong, udang, ikan bilis atau ikan yang sudah digoreng.

**Sotong & udang akan keluarkan air yang banyak, jadi pastikan tos terlebih dahulu selepas membersihkannya... 

Lepas masuk sotong / udang, pastikan api dibesarkan untuk memastikan air yang turun dari sotong/udang dapat dikeringkan cepat. 


**Untuk sotong rendam, rebus dulu sekejap... toskan pastu baru ler masukkan dalam sambal. Kemudian, tambahkan kacang tanah yang disangai dan ditumbuk... Perghhh... Sedap weihhh... Favourite!~


Lunch hujung minggu kami sempoi camni je haa... Hehe... Sambal sotong rendam berkacang, gulai tempoyak udang dengan petai & kangkung belacan... Alhamdulillah... :)


3. Resepi sambal Cili Padi (Sesuai untuk daging / ayam / ikan)


Bahan-bahan

Ikan goreng / Daging / ayam (direbus atau digoreng terlebih dahulu)

Bawang putih

Bawang besar

Segenggam cili padi

Asam keping  

Gula putih 

Garam


Cara-caranya

Tumbuk bawang putih, bawang besar, cili padi. 

Tumis bawang putih, bawang besar, asam keping & cili padi hingga pecah minyak.

Masukkan gula & garam secukupnya.

Masukkan daging / ayam yang sudah direbus / digoreng terlebih dahulu.

Gaul rata. Siap!


Sambal sotong rendam dengan sambal tempoyak ikan bilis goreng


4. Resepi Sambal Tempoyak (udang/ikan bilis)


Bahan-bahan

Tempoyak 

Dua batang serai

1-2 helai daun kunyit

Kunyit hidup 

Cili padi

Garam

Gula

Ikan bilis / udang

Petai (optional)

Santan pekat (kalau nak lemak sikit, boleh tambah sikit santan pekat... untuk ikan bilis goreng saya tak letak santan, tapi kalau udang/ikan bilis mentah, letak santan.. memang sedapppp!)


Cara-caranya

Blend tempoyak, kunyit hidup, cili padi dengan sedikit air (air sikit je heh!)

Tuang dalam kuali. Masukkan 2 batang serai yang telah diketuk.

Panaskan sehingga cukup kering & masak.

Masukkan petai & daun kunyit yang dihiris halus. Daun kunyit tu kalau malas nak hiris, carik-carik kan jer... Gituhhh...

Goreng ikan bilis. Masukkan ikan bilis yang siap digoreng dalam sambal tempoyak tadi. Atau masukkan udang mentah... Kacau sehingga masak. 

Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Siap!

**Kalau tak nak guna ikan bilis goreng, boleh blend ikan bilis mentah yang dah dibersihkan bersama tempoyak, kunyit hidup & cili padi.


5. Sambal Cili Merah (Daging / Ikan / Ayam)


Bahan-bahan

Cili besar secukupnya

Cili padi (kalau nak pedas boleh tambah cili padi... Tak nak pun takpe)

Bawang putih

Bawang besar

Asam keping  

Gula putih 

Garam

Minyak secukupnya untuk menumis


Cara-caranya

Tumbuk bawang putih, bawang besar, cili merah & cili padi. 

Tumis bawang putih, bawang besar & cili hingga pecah minyak.

Masukkan asam keping, gula & garam secukupnya.

Masukkan daging / ayam yang sudah direbus / digoreng terlebih dahulu.

Gaul rata. Siap!

Okay, sedikit tips tambahan dari saya... Sebenarnya, untuk memasak, saya prefer guna chopper berbanding blender sebab bahan-bahan lebih cepat garing dan kurang berair. Chopper Tupperware dah bertahun-tahun pakai, alhamdulillah... puas hati! Kalau nak masak sotong rendam, elok rebus sekejap untuk buang airnya... Selamat mencuba ya... 

Note to self : You glow differently when you're happy!~ 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...