Resepi Coklat Badam 2 Bahan

by - May 07, 2020


Assalamualaikum gais!

Salam Ramadhan... Hari ni saya nak share resepi yang super simple untuk penggemar coklat. Mudah, cepat dan confirm menjadi! Haha.. Mungkin benda ni boleh korang jadikan sebagai aktiviti untuk memenuhkan masa cuti dengan anak-anak. Saya yakin, anak-anak korang pun boleh buat sebab memang sangat mudah. Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan... Ni projek saya semalam. Hehe... Nampak tak, bukan blogging je, benda macam ni pun saya buat... Hahahhaha...


Bahan-bahan

> Coklat masakan (Saya gunakan Beryls Compound Milk Chocolate Coins)
Bukan 1kg ye... Pakai sikit je, dalam secawan / 1 1/2 cawan macam tu je... Huhu...

> Badam 

> mangkuk kertas kecil 

**Biasa la, tukang masak professional memang main agak-agak je... LOL!~ 

Cara-caranya

> Sangai badam. Saya letak badam tu dalam kuali je, pasang api perlahan, sentiasa kacau supaya tak hangit. Dalam 5 minut siap... Nak guna oven pun boleh.

> Sementara menunggu badam tu sejuk, cairkan coklat dengan teknik double boiling.

> Bila coklat dah cair, masukkan badam yang dah sejuk tadi tu kat dalam coklat cair. Gaulkan hingga rata.

> Scoop coklat ke dalam mangkuk kertas. 

> Masukkan dalam freezer sekejap. Dalam 5-10 minit untuk memastikan yang coklat dah betul-betul mengeras.

> Susun dalam balang. Siapp!



Mudah sangat kan... Ni boleh dijadikan menu raya jugak sebagai pengganti biskut raya. Gituhh... Haha... Take care gais... Selamat mencuba... :)

Note to self : Sejauh mana orang menjatuhkan kita, seteruk mana orang pandang rendah pada kita, sekuat itu juga kita! 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...