Resepi Chocolate Brownies Mudah

by - August 16, 2019


Assalamualaikum gais!

Hallluuuu... Apa khabar, uolls? Cuti-cuti sekolah ni macam rajin pulak kita mem baking... Tak tau la kenapa. Mungkin Allah dah dorong untuk duduk lebih di dapur kot skang ni. Hakhakhak... 

Kebetulan semalam memang ramai kat rumah, adik-adik datang lepak sini dan memang Ima pun ada kat rumah ni lagi... Bercuti dari Raya haritu. So, bila ramai macam excited plak nak masak-masak kan! Hari bekerja selalu makan kat kedai saja, maka cuti ni dimafaatkan sebaiknya dengan duduk di dapur yaa... Hahaha... Mak-mak sangatttt... Kann... Hahahhaha...

Okay, semalam sempat buat makaroni cheese dengan Chocolate Brownies untuk jamu kat dorang untuk minum petang. Ni saya nak share resepi chocolate brownies tu... Ala... Yang popular dengan nama brownies kedut! Gituhhh... Serius, bila memasak dengan penuh kasih sayang, walaupun kau pakai bahan-bahan cap hayammm jer, memang jadi sedap weihhh... Cheap cheap sajo! Huhu... 


Bahan-bahan

A
1/2 cawan butter (Saya guna Buttercup)
1 cawan coklat masakan (Saya beli cap Meriah saja... Memang meriahhhh baq hang! LOL!)

B
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula
2 biji telur 

C (Semua diayak)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko
secubit garam

Untuk hiasan (optional)
Saya letak chocolate chips. Nak letak almond pun boleh, nak letak walnut pun boleh... Ikut korang la nak hias dengan apa. Kalau takde pun takpe... 

Cara-caranya

1. Cairkan bahan-bahan A dalam microwave. Saya setting 2 minit je. Kalau takde microwave, sila buat kaedah double boiling ye...

2. Kacau sebati bahan B dalam bekas. Sebatikan je, tak perlu pukul sampai gebu. Gitu-gitu saja!

3. Bila dah sebati, masukkan bahan A tadi. Kacau sebati. 

4. Kemudian, masukkan bahan C. Kacau sebati.

5. Griskan loyang. Tuang bancuhan ke dalam loyang. Hiaskan dengan chocolate chips.

6. Panaskan oven sekejap. Kemudian masukkan loyang dalam oven. Bakar pada suhu 160 darjah selama 40 minit.

7. Bila dah siap, jangan keluarkan dari oven... Bukak je pintu oven tu sket, tinggalkan sekejap dalam 15-20 minit. 

Potongan tak cun sebab potong time masih panas... Hahahaa... 

Dah sejuk boleh la potong & sedia untuk dihidangkan. Mudah kann? Hahahah... Memang sangat mudah & murah! Kacau-kacau, siapppp! Modal tak sampai RM10. Hahah.... Sila buat! Bab baking ni saya tak la minat sangat, jadi saya memang akan cari resepi yang paling mudah & yang sukat guna cawan jer. Malas weiii nak timbang-timbang apa semua. Huhu... Kira nak cepat saja! Hahahaha...

Okay gais, selamat mem baking! Babai...

Note to self : In the end, you'll stand alone in front of Allah with your deeds.

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...