Tips Untuk Memulihkan Masalah Kulit Muka Kering Dengan Segera

by - June 23, 2019


Assalamualaikum uolls!

Hai... Apa khabar? Busy beraya lagi ke tu? Hehe... Korang pernah tak tersalah pakai produk ke atau pun berjemur kat tempat panas sehinggakan kulit muka korang kekeringan dan lebih sadis kalau kulit jadi mengelupas... Isk isk... Confirm pedih kalau dah sampai tahap mengelupas. 

Saya nak share beberapa tips yang korang boleh try untuk memulihkan masalah kulit muka yang kering. Serius kalau kulit muka terlalu kering, muka akan sedikit kusam... Tak glowing weiihh... Hahaha... Kalau korang cikgu, korang memang akan faham la keadaan kulit muka time latihan sukan kann... Haha... Kebetulan kulit muka saya jenis sensitif dan macam nipis sket kot... Bila kena panas terlalu lama, memang boleh jadi pedih-pedih gitu... Hukkss... Kebetulan masa saya tengah sibuk berminggu-minggu turun padang tu la ada pulak sekolah yang panggil nak suruh bagi talk... Oh No! Takkan nak pegi dengan muka kusam hangus terbakar kannn... Hahhaha... Kulit sedikit gelap takpe lagi, orang faham sebab berjemur... Tapi kalau kulit muka kekeringan, serius, memang confident level boleh menurun. LOL! Kat dahi, tepi hidung... Memang obvious, kering, bila sapu bedak memang nampak sangat jelas... 

So, jalan paling mudah saya treat masalah kulit muka yang kering adalah dengan menggunakan beberapa benda yang memang senang nak cari kat rumah. Fungsi benda-benda ni tersangatlah ohsemm! Antara yang terbaik adalah :-

1. INSTANT OATS

Ambil 1-2 sudu instant oats, kemudian bancuhkan dengan air panas pekat-pekat... Letak air sikit je... Tunggu sejuk, pastu tepeklah kat seluruh muka. Tunggu sehingga kering, pastu bolehlah dibersihkan... OMG! Kesannya akan nampak instantly wei... Muka akan rasa lembap-lembap lepas tu. Hehe... Ada gak sekali tu saya tertidur... Maka semalaman laa oats tu kat muka! Okay je... Bangun, terus bersihkan... Tapi time tu muka memang kejung la sebab oats tu dah mengeras... Hahahha... Tapi alhamdulillah, oats ni memang recommended untuk pulihkan kulit muka yang kering. Pakai 2-3 hari, dah nampak kesannya, kulit back to normal. Syukur... Huhu... Korang try la! 

Seorang tutor saya, Cody (mat salleh), pernah share pasal oats ni juga. Katanya mereka akan gunakan oats untuk jadikan scrub badan untuk mengekalkan kelembapan kulit terutama pada musim panas. So, oats ni bukan untuk muka je tapi seluruh badan ye... Hehe...


2. TIMUN

Ambil beberapa hirisan timun, korang hancurkan... Saya guna chopper je... Hancurkan timun tu pastu tepeklah kat muka. Memang muka akan rasa sejuk dan sangat selesa... Guna timun biasa je, bukan timun jepun tu tau... Nak lagi best, timun tu simpan dalam fridge. OMG! Heaven! Tunggu sampai timun tu mengering kat muka, cuci... Fuhhh... Memang terasa segar terus kulit muka yang kusam tu... 

3. LOSYEN

Kalau korang takde dua benda kat atas ni, boleh la try guna losyen je... Sebelum tidur, sapu losyen ke seluruh muka. Saya cadangkan guna Rosken Skin Repair untuk Dry Skin. Kalau takde, boleh guna losyen Baby Johnson yang warna pink tu... Jangan guna losyen yang ada pewangi ye untuk letak kat muka... Kalau muka saya memang tak tahan dengan losyen yang ada pewangi, pedih... Ouchhh! 


4. ADANIA

Kalau korang memang pemilik kulit muka yang kering sejak azali lagi, elok la guna produk yang sesuai supaya tak bertambah kering kulit tu... Ni antara yang saya boleh cadangkan... Produk Adania. Memang bagus sebab ianya natural & organic. Saya tak jual, tapi kalau korang nak dapatkan produk ni, boleh contact cousin saya... Alya... Produk Adania ni ada macam-macam range. Bukan untuk kulit kering sahaja... Untuk Normal skin, Oily Skin pun hado! Top to toe tauuu! Bukan untuk muka je... Rambut, segala laa... Semua ada... Korang call/WA je Alya ni tanya hokayy... InsyaAllah dia akan bantu korang pilih range yang sesuai dengan jenis kulit, umur dan bajet korang... Atau boleh intai-intai instagram @adaniaskincare

Saya memang suka guna bahan-bahan natural sebab selalunya benda natural ni no harm untuk kulit kita... InsyaAllah selamat untuk digunakan. Boleh baca post saya terdahulu tentang TIPS UNTUK KULIT MUKA SMOOTH, FLAWLESS & BERSERI 

Note to Self: To make a difference in someone's life, you don't have to be brilliant, rich, beautiful or perfect. You just have to care...

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...