3 Tips Untuk Mendapatkan Masa Yang 'Panjang'

by - May 06, 2019


Assalamualaikum semua...

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya, insyaAllah...

Dua Hari Yang Sendat Padat

Sabtu & Ahad baru ni saya sangat-sangat sibuk. Yela, nak puasa laa katakan. Nak sambut puasa macam nak raya! 😆 Macam-macam yang nak di settle kan. Dan dan la time tu nak kemas rumah, time tu nak mendobi, nak masak sebab teringin nak makan itu ini hahahaha... shopping, bersihkan kubur... Macam banyak giler checklist nak dibuat. Masa yang ada cuma 2 hari; Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah, semua selesai kecuali kubur abah, tak dapat nak dibersihkan sebab hujan... Hukkss... Sabtu haritu seawal subuh dah bergerak ke Midvalley, melayan kehendak budak dua orang ni... Ingatkan petang tu nak singgah bersihkan kubur abah, takde rezeki bila hujan turun mencurah-curah... So, keluar dari Midvalley petang tu, terus balik Ipoh jer... Alhamdulillah selamat sampai walaupun agak cuak juga bila wiper kereta buat hal. Beberapa kali gak stop kat R&R pebetulkan wiper tu. Sabtu tamat begitu sahaja. Seharian di KL & on the road. Balik rumah, tido! Huhu...

Allah Permudahkan... Semua Beres!

Ingatkan macam tak sempat nak buat macam-macam Ahad tu, syukur Allah permudahkan. Semua beres! Yay! Penat memang penat weihhh... Mana taknya, seawal 4.00 pagi dah bantai buat keja... Risau tak sempat settle. Haha... Sempat la bersihkan rumah sikit, basuh baju, sidai baju, lipat kain, iron baju untuk seminggu, belas pasang jugak laa... Berpeluh sistur! Huhu... Sempat pegi keluar cari barang rumah, lauk pauk untuk sahur & berbuka. Tetiba macam acah-acah rajin nak masak untuk berbuka! Hahahha... Awal puasa memang macam tu, mood nak memasak memang ada je... Hehe... Sempat siapkan RPH, uruskan lauk pauk, siang sotong, ikan, udang, sayur... Memang renyah tapi terpaksa sebab pepagi buta nak sahur memang tak lalu nak potong itu ini... Nak terus masak & makan je. Sempat masak untuk lunch jugak. Wow! Ni la kelebihan bangun seawal 4.00 pagi. Macam-macam boleh dibuat... 😂



Sempat gathering dengan adik-adik @ Nandos

Lepas asar, sempat pegi bersihkan kubur mama... Thank you so much Lily & Afny sebab beriya tolong bersihkan kubur Opah & Tok Nyang skali. Kubur mereka bertiga ni dekat-dekat je... Jadi mudah la. Lepas tu sempat singgah AEON pegi makan-makan dengan adik kat Nandos, nak redeem ayam seekor katanyaaa... Nampak tak kehidupan yang sibuk bak menteri? Dari subuh membawak ke maghrib. Hhahaa... Apa pun saya sangat bersyukur sebab dapat juga tunaikan hajat nak belanja adik-adik makan sebelum puasa ni... Haritu masa pegi Kuala Gula, dorang tak dapat join... So Ahad haritu laa, walaupun masa agak pack dengan macam-macam komitmen, Allah izinkan kami berkumpul sekejap... Dapatlah lepak-lepak dalam dua tiga jam... Alhamdulillah. :)


Rezeki, jumpa kawan adik kat sini... Dia belanja kek ni... Huhu... Thank you! 

TIPS 1 : Tinggalkan Handphone & Media Sosial Seketika

Percayalah, sebenarnya kita memang boleh lakukan macam-macam aktiviti asalkan kita bersedia untuk tinggalkan sekejap handphone dan media sosial... Saya percaya kalau ada urusan urgent atau 'super' penting, confirm orang akan PM kita berkali-kali atau call kita terus... Kann! Hehe... Sekarang zaman 'free call' kott... So, tak yah risau sangat kalau tak tengok phone. Kena disiplin. Kalau takleh disiplin, kena sorok phone tu... Buat keja kat depan, telefon tinggal kat dalam bilik, tak pun paling mudah, silent kan je... Walaupun phone ada dekat kita, takde bunyi yang akan trigger keinginan kita untuk tengok phone.

Settle kan yang mana lebih penting. Serius, bila dah settle semua benda, rasa heaven giler kott... Hahhaha... Penat sangat semalam sampai takleh tido malam tu. Excited nak bagun sahur pun ya juga. Tido almost 1a.m, bangun pukul 4.30 pagi. Kau rasa?! Hahhaha...

Alhamdulillah, pagi semalam mampu pegi kerja macam biasa... Balik sekolah sempat pegi shopping lagi tuuu... Hahhaha... Mampu masak lauk pauk untuk berbuka... Mampu berterawih sendiri kat rumah... Tapi pukul 10 dah lena laa... Flat! Hahahhaa... Lena cepat sebab tak layan FB. FB ni pun selalu jadi punca tido lambat... Hukss! Memang nak kena kurangkan penggunaan FB nampaknya... 😩


Ingat tau, kalau nak korang tengah ada banyak benda nak buat, tinggalkan sekejap phone tu. Letak tepi... InsyaAllah, boleh fokus dan korang dapat buat lebih banyak perkara penting lagi... Set priority. First things first ya! :) Tapi jangan plak korang tak balas Whatsapp tapi kemain aktif mengomen menge like kat FB. Kalau macam tu gayanya, memang sesuatu sangatttt... Hahhaha...

TIPS 2 : Wajib adakan masa bersama Tuhan

Sesibuk mana pun kita, masa dengan Allah jangan dilupa. Saya pun masih memperbaiki benda ni... Kena ada masa dengan pencipta kita. Wajib! Barulah rasa lapang, rasa mudah dan rasa tenang... Kadang-kadang kita tak sedar, urusan kita lancar kerana apa? Bukan kerana kita pandai, bukan kerana kita pandai urus masa, NO! Tapi kerana Allah izinkan, kerana Allah beri kemudahan untuk kita menguruskan semuanya dengan baik. Nampak?

TIPS 3 : Bangun awal pagi, hari terasa 'semakin panjang'

Satu lagi, bangun awal pagi pun boleh buatkan hari korang 'semaking panjang'... Awal pagi tu maksudnya sebelum subuh. 4.30 pagi ke 5.00 pagi ke... Memang cantik kalau kita dapat make it as a routine! Bukan bangun sebab berkejar nak pegi kerja, tapi bangun awal pagi sebagai rutin harian. Yelah, pagi-pagi selalunya kan ke sunyi, takde sapa-sapa, semua sibuk orang tidur, jadi time tu kalau buat keja macam tenang dan relaks je... Takde gangguan. Cubalah! Jangan lupa pagi-pagi macam tu pun waktu sesuai untuk kita luangkan masa dengan pencipta kita. Paling tidak, tadah tangan, berdoalah... Sebenarnya saya terinspirasi dengan kisah-kisah orang yang berjaya di dunia ni. Mostly dorang akan bangun awal giler... Jom la ikut cara mereka! Moga-moga kita pun berjaya seperti mereka. InsyaAllah...

Note to Self : You always have time for the things you put first!

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...