Tips Menghadapi Kemalangan di Tempat Sunyi

by - April 24, 2019


Tips ni sesuai untuk pemandu wanita terutama apabila anda ada sense yang kemalangan tu disengajakan atau pun memang kawasan tu memang sunyi dan tak selamat untuk anda turun. Of coz apabila kita dalam situasi kenderaan dilanggar oleh kenderaan lain, kita akan rasa panik. 

Kunci utama dalam menghadapi situasi panik macam ni adalah TENANG. Jika kita tenang, insyaAllah, kita boleh berfikir secara rasional & bertindak dengan berhemah. 

Kedua, jangan marah. Hahaha... Yang ni memang susah nak buat tapi kena buat sebab kita kena fikirkan faktor keselamatan diri. Kau nak marah jerit macam mana sekali pun, kereta kau memang dah tak boleh nak diselamatkan jugak kannn... Kemek tetap kemek! So... Chill saja! Hahaha... Bila kita marah, kita akan cenderung nak turun dari kereta bersemuka dengan orang yang langgar kereta kita tu. Masa tu kita tak tau apa tindakan dia. Nak settle secara baik ke, nak rompak kita ke... Kita tak tahu. Sebab tu kena hati-hati. 


Ketiga, lihat keadaan sekeliling. Kalau jalan sunyi tak perlulah nak jadi hero turun kereta maki hamun orang tu. Silap hari bulan, kita yang kena balik. Kalau agak-agak tak selamat, stay je dalam kereta, tak payah turun. 

Keempat, catat nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar tu... Sebaiknya catat, jangan hafal... Berkemungkinan boleh terlupa. Paling baik kalau dapat ambil gambar. Lagi bagus... Snap je gambar, siap!

Kelima, terus pergi ke balai berdekatan untuk buat laporan. Kena buat laporan sebab kalau tak, dia boleh charge kita langgar lari. Tapi yela, kalau kita memang tak langgar dia, nak takut apa kan... Report je la... Nak nak kalau korang memang ada pasang kamera dalam kereta, lagi la mudah nak buat report... Ada bukti.

Keenam, settle kan claim insurans dsb. Kalau boleh claim la...

Ketujuh, berdoa supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Semoga tips yang dikongsikan bermanfaat. Sentiasa berhati-hati. Kita tak tahu hati orang macam mana. Take care, ladies! Assalamualaikum...

Note to self : Du'a is an amazing exchange. You hand over your worries to Allah and He hands over his blessings to you. 

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...